Secara bebas.

Bukan mudah hendak menulis apa yang di hati, janganlah dipaksa menulis jika hati tengah gembira kerana tiada bayangan kesedihan tiada rasa yang mendalam.

Kini, aku hendak lahirkan apa yang di hati.

Aku amat takut dengan kehidupan selepas ini, bergelap seorang diri tiada siapa yang menolong, dosa lama dan hadapan menenggelamkan aku ke dasar tanah.

Takutnya.

Secara jujurnya, aku sudah penat di dunia.. tidak sabar untuk semua ini habis kerana kita semua tahu semua ini hanya sementara, tidak kekal. Ibarat lampu yang tunggu untuk dipadamkan kemudian terus bergelap. Bezanya adalah terus gelap dan tidak menyala.

Yang manis pun sekejap sahaja, seterusnya adalah tawar.

Berdiri, berjalan seorang, memandang ke langit itupun jika ada bintang.

Yang pastinya ianya jauh… sangatla jauh sayang.

Bimbit tanganku kerana itu hanyalah masa kita, tidak lama.

Seterusnya kita adalah kita berbekalkan tiada apa.

Hmm….

Kita ini lemah semata. Sedihpun air mata mengalir.

~ oleh 6darjah di Ogos 18, 2008.

Tinggalkan jawapan