GMP chairman, former director of Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hassan Ahmad, sums up best: “What we know is that there is no race in the world that has shaped its culture and civilization, art, literature, philosophy of life, myth, worldview and corpus of knowledge through the language of another people”.
Saya memang sokong pemansuhan penanggguhan PPSMI dan program pengukuhan BI yang dirancang. Mereka yang menyokong PPSMI adalah ibarat pemilik kereta Proton yang menggangap kereta import, BMW misalnya adalah bagus, berkualiti, selesa dan pelbagai lagi yang elok. Tetapi bagi mereka yang biasa dengan kereta import mungkin akan berkata “Proton pun ok apa”.
Mereka yang menyokong PPSMI juga adalah mereka yang tidak faham matematik. Mereka banyak bermain dengan andaian-andaian dan pendapat yang tidak disokong secara matematik. Pendokong bahasa yang lebih terkenal dengan khazanah sastera pula di samping hujah sastera mereka turut ditampilkan adalah kajian matematik yang menyokong pendapat mereka. Penyokong PPSMI sudahlah tidak faham sastera tapi gagal juga dalam matematik. Tidak faham matematik tidak mengapa tetapi malangnya menolak matematik.
Nasib baik TPM kita seorang yang menyanjungi matematik.
Ada lagi, penyokong PPSMI mungkin gagal untuk memahami nilai RM5 bilion itu besar atau kecil.
RM 5 bilion untuk mejahanamkan matematik, sains dan bahasa Inggeris.








